Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Tema Sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke 52 tahun 2009. Hayati erti kemerdekaan, Hayati Sejarah Tanah Melayu dan Hargai Kemerdekaan yang dinikmati atas usaha dan penat lelah pemimpin terdahulu. Tiada yang lama tiada yang baru.
http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php
http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php
Keterangan logo 1 Malaysia
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
LIRIK LAGU 1MALAYSIA
Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan
Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
Korus
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Ulang Korus 2x
Satu Malaysia untuk semua
Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha
0 komen:
Catat Ulasan