Ops Sikap ke 20 gagal?

Benarkah Ops Sikap ke 20 sempena hari raya aidil fitri yang bermula pada 13 September yang lalu gagal? Ops Sikap ke 20 berakhir semalam iaitu 27 September 2009 dengan mencatatkan kematian sebanyak 261 berbanding dengan Ops Sikap 17 yang hanya mencatatkan jumlah kematian sebanyak 208 orang.

Aku tertarik dengan kenyataan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara yang menyatakan bahawa pemandu di Malaysia ni kalau di kenakan hukuman mati pun tak kisah. Ada kebenaran disebalik kenyataan beliau kerana kalau dilihat statistik kematian di jalan raya adalah dimusim-musim perayaan. Adakah kerana dimasa ini mereka nak tunjukkan kemahiran atau nak "test power"?

Apa-apa pun sikap dan cara pemanduan mungkin merupakan punca kepada kemalangan yang terjadi. Kalau kita tak langgar orang, orang langgar kita... itu perpatah yang perlu kira hindari walau apa cara sekali pun. Bak kata orang veteran, "biar lambat asal selamat".

Ops Sikap telah banyak mengajar dan mendidik kita secara tidak langsung, cuma hanya segelintir sahaja yang masih belum memahami tujuan Ops Sikap di adakan. Pelbagai kaedah dan cara telah di lakukan oleh pihak berkuasa untuk mengatasi kemalangan. Jangan hanya kita bergantung harap kepada pihak berkuasa untuk cari jalan penyelesaian, kita sebagai pengguna jalan raya juga perlu bersama-sama fikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Kalau kita 1 bersama,  insyallah banyak penyelesaian dapat dirungkai.

Wuallahhualam....

0 komen:

Catat Ulasan