Ops Sikap ke 20 gagal?

Benarkah Ops Sikap ke 20 sempena hari raya aidil fitri yang bermula pada 13 September yang lalu gagal? Ops Sikap ke 20 berakhir semalam iaitu 27 September 2009 dengan mencatatkan kematian sebanyak 261 berbanding dengan Ops Sikap 17 yang hanya mencatatkan jumlah kematian sebanyak 208 orang.

Aku tertarik dengan kenyataan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara yang menyatakan bahawa pemandu di Malaysia ni kalau di kenakan hukuman mati pun tak kisah. Ada kebenaran disebalik kenyataan beliau kerana kalau dilihat statistik kematian di jalan raya adalah dimusim-musim perayaan. Adakah kerana dimasa ini mereka nak tunjukkan kemahiran atau nak "test power"?

Apa-apa pun sikap dan cara pemanduan mungkin merupakan punca kepada kemalangan yang terjadi. Kalau kita tak langgar orang, orang langgar kita... itu perpatah yang perlu kira hindari walau apa cara sekali pun. Bak kata orang veteran, "biar lambat asal selamat".

Ops Sikap telah banyak mengajar dan mendidik kita secara tidak langsung, cuma hanya segelintir sahaja yang masih belum memahami tujuan Ops Sikap di adakan. Pelbagai kaedah dan cara telah di lakukan oleh pihak berkuasa untuk mengatasi kemalangan. Jangan hanya kita bergantung harap kepada pihak berkuasa untuk cari jalan penyelesaian, kita sebagai pengguna jalan raya juga perlu bersama-sama fikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Kalau kita 1 bersama,  insyallah banyak penyelesaian dapat dirungkai.

Wuallahhualam....

1 Malaysia


Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Tema Sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke 52 tahun 2009. Hayati erti kemerdekaan,  Hayati Sejarah Tanah Melayu dan Hargai Kemerdekaan yang dinikmati atas usaha dan penat lelah pemimpin terdahulu. Tiada yang lama tiada yang baru.
http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php


Keterangan logo 1 Malaysia
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.


LIRIK LAGU 1MALAYSIA

Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan


Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan

Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x
Satu Malaysia untuk semua

Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha

Raya Sakan le tahun ni..

Hari ini hari ke enam raya aidil fitri 1430H. Nak tahu kemana aku berhari raya.. macam tak percaya hari ini aku ke Taman Negara di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang. Aku pergi sekeluarga bersama dengan anak-anakku.. entah macamana boleh sampai ke sana. Aku ke sana melalui jalanraya melalui Felda Padang Piol dan Felda Sg. Retang. Perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit dari Bandar Tun Abdul Razak Jengka. Aku pergi bersama adik ipar isteri aku dan keluarganya yang aku panggil Bob, yang menanti di Felda Sg. Retang.

Dari Kuala Tahan aku naik bot menuju ke seberang, Taman Negara dan memulakan perjalanan ke Kanopi Walk, lepas tu ke Bukit Terasek dan Lubok Simpom. Berjalan kaki hampir lebih 5 jam dan aku tak sangka anak aku yang berumur 6 tahun boleh panjat bukit dan turun bukit tanpa apa-apa masalah. Malah dia tinggalkan aku dibelakang.. cayalah .. boleh pergi lagi ni...
http://www.flickr.com/photos/edmii/sets/72157622501258007/





Murtabak Mengkasar

Pernah dengar tak murtabak mengkasar.? Kalau nak tau murtabak mengkasar ni amat popular bukan sahaja di Bandar DiRaja Pekan, Pahang tetapi sehinggalah ke Kuala Lumpur dan Singapura. Malah pernah ada di antara pengemar murtabak mengkasar ini naik flight dari Kuala Lumpur-Kuantan-Kuala Lumpur untuk mendapatkan murtabak mengkasar ni. Woo hebat gitu... 

Murtabak mengkasar mendapat nama sempena nama Kampong Mengkasar kerana disinilah perniagaan ini bermula dan beroperasi. Di Kampong inilah aku dilahirkan dan lokasi kedai murtabak mengkasar dengan rumah aku taklah jauh, jalan kaki pun boleh tapi penatlah sikit.. dah berumur ni.. Aku dah makan murtabak ni sejak dari kecil lagi, memang best.

Beritanya pernah keluar Utusan Malaysis pada tahun 2005 dan tak sangka juga murtabak mengkasar ada web sendiri. Silalah layari link ni...

Salam Perkenalan

Assalamulaikum dan salam sejahtera, salam perkenalan buat rakan-rakan blog dan sesiapa saja yang singgah kat blog aku ni. aku ni baru nak mula buat blog, orang yang takut nak guna komputer pun dah blog sendiri...wa cayale. Blog aku nak wat simple aje. takyah lah nak korporat sangat.. skema lah lebih kurang. asalkan boleh faham apa yang ditulis dah...ye tak? Kalau ada komen atau cadangan tu bolehle dikongsikan bersama yek?

Kenapa yek blog aku namanya "mengkasar"? Aku bukan orang indon tapi warganegara Malaysia tulin. Nama tu aku abadikan sebagai mengingatkan tempat lahir aku.. di situlah aku dilahir dan dibesarkan sampailah aku pandai buat blog, kampung aku kat situ le mana lagi..he3

Jumpa lagi.

aidil fitri datang lagi...

aidil fitri datang lagi tahun ni.. sedar tak sedar bulan ramadhan telah berlalu pergi.... tahun ni aku beraya di rumah mertua aku. raya ke 2 baru aku balik ke rumah ibubapa aku.. mana-mana pun same aje... janji beraya. Yang penting anak-anak aku happy. Dia orang yang nak beraya pun..kita yang dah berumur biasele banyak lepak kat umah.. bila lapang baru boleh ziarah rakan-rakan...