Salam Tahun Baru 2010

Harap belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru masihi 2010, semoga kehadiran tahun baru akan menjadikan kehidupan kita lebih baik daripada tahun sebelum. Buat rakan-rakan, semoga anda bahagia selalu...

10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.


KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.


KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.


KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.


KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.


KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.


KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat menyambut hari raya aidil adha buat semua muslimin dan muslimat dimana sahaja anda berada. Kepada bakal-bakal haji, semoga anda akan dianugerahkan dengan haji yang mabrur, InsyaAllah.

Apa dah jadi....



apa yang dimaksudkan oleh papan tanda ni... apa dah jadi....fikirle sendiri



yang ni papan tanda yang betul...bayangkanlah...

Nak kongsi cerita bab-bab menjahanamkan harta awam ni.. harta orangle katakan..nak kata cerita benar entahkan betul entahkan tidak tapi tuan punya cerita sendiri yang bagitau kat aku dalam satu sesi LDK beberapa tahun yang lalu. Lokasi kejadian dirahsiakan....kalau tulis kat sini mudah cari lokasi ni... jangan marah haaa.. Ceritanya begini... dia ni kalau masuk tandas suka sangat main dengan cecair pencuci.. dia tekan tombol bekas cecair pencuci tu sampai habis. Agaknya kalau dia tak buat macam tu tak puas masuk tandas kut... Nak dijadikan pengajaran, satu hari basikalnya terputus rantai berhampiran dengan tandas yang dimaksudkan tadi... Sebab rumahnya jauh lagi, jadi dia baikilah rantai basikalnya... biasele.. rantai basikalkan kotor penuh minyak hitam.

Dah siap baiki sendiri, tangan dah penuh dengan minyak.. so masukle ke tandas nak cuci tangan yang kotor berminyak tadi... ditekannya cecair pencuci tak keluar... tekan lagi .. tak keluar juga... tekan, tekan, tekan tak keluar-keluar juga...bengang dah ni.. tangan kotor .. pencuci tak de.. dalam hati menyumpah jangan cerita marahkan orang yang habiskan pencuci... akhir keluar tandas dengan perasaan marah dan hampa.... lepas keluar.. rasa-rasa macam pergi kat sini.. pusing belakang.. lah.... nilah tandas yang aku suka habiskan pencuci tu... kerja aku rupanya....padan muka aku....tak pasal-pasal maki diri sendiri....akhirnya makan diri sendiri so..........,  lu pikir le sendiri.

Lawatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang

Dah lama aku tak menulis, saje nak kongsikan cerita tentang lawatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang,. ke UiTM Pahang di Bandar Jengka sempena pelancaran program sains sukan di UiTM Pahang. Pada sebelah petang KDTYM Tengku Mahkota telah mencemar duli untuk mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak di antara pasukan Mahkota United dengan pasukan bolasepak pilihan UiTM Pahang.

Penonton punyalah ramai... ialah nak tengok sendiri KDYTM Tengku Mahkota Pahang bermain bola...lah kata, dahlah tu pemain-pemain Mahkota United sendiri terdiri daripada barisan bekas pemain bolasepak Kebangsaan dan Negeri Pahang, Dollah Saleh, Zainal Abidin Hassan, Tajuddin Nor dan ramai lagi. Walaupun barisan pemain UiTM Pahang sebahagiannya orang muda, Mahkota United tetap menang 5-1.. pengalaman mengatasi segalanya... caya la..

Klik lah link..dibawah... ni aje gambar yang sempat di shot... tupun dengan kamera handphone...
http://www.flickr.com/photos/edmii/sets/72157622625737724/

Ops Sikap ke 20 gagal?

Benarkah Ops Sikap ke 20 sempena hari raya aidil fitri yang bermula pada 13 September yang lalu gagal? Ops Sikap ke 20 berakhir semalam iaitu 27 September 2009 dengan mencatatkan kematian sebanyak 261 berbanding dengan Ops Sikap 17 yang hanya mencatatkan jumlah kematian sebanyak 208 orang.

Aku tertarik dengan kenyataan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara yang menyatakan bahawa pemandu di Malaysia ni kalau di kenakan hukuman mati pun tak kisah. Ada kebenaran disebalik kenyataan beliau kerana kalau dilihat statistik kematian di jalan raya adalah dimusim-musim perayaan. Adakah kerana dimasa ini mereka nak tunjukkan kemahiran atau nak "test power"?

Apa-apa pun sikap dan cara pemanduan mungkin merupakan punca kepada kemalangan yang terjadi. Kalau kita tak langgar orang, orang langgar kita... itu perpatah yang perlu kira hindari walau apa cara sekali pun. Bak kata orang veteran, "biar lambat asal selamat".

Ops Sikap telah banyak mengajar dan mendidik kita secara tidak langsung, cuma hanya segelintir sahaja yang masih belum memahami tujuan Ops Sikap di adakan. Pelbagai kaedah dan cara telah di lakukan oleh pihak berkuasa untuk mengatasi kemalangan. Jangan hanya kita bergantung harap kepada pihak berkuasa untuk cari jalan penyelesaian, kita sebagai pengguna jalan raya juga perlu bersama-sama fikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Kalau kita 1 bersama,  insyallah banyak penyelesaian dapat dirungkai.

Wuallahhualam....

1 Malaysia


Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Tema Sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke 52 tahun 2009. Hayati erti kemerdekaan,  Hayati Sejarah Tanah Melayu dan Hargai Kemerdekaan yang dinikmati atas usaha dan penat lelah pemimpin terdahulu. Tiada yang lama tiada yang baru.
http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php


Keterangan logo 1 Malaysia
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.


LIRIK LAGU 1MALAYSIA

Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan


Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan

Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x
Satu Malaysia untuk semua

Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha